Thursday, September 30, 2010

We are in UTUSAN MALAYSIA!


18 April 2010, Mingguan Malaysia

Wednesday, February 24, 2010

Lokasi Kelisa Corner

Lokasi kami adalah berhadapan Masjid Bandar Baru Bangi,
sederet Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dan An-Nur.

Tuesday, February 23, 2010

AYAM PENYET, PECEL LELE & SOTO JAWA

Kelisa Corner ingin memperkenalkan hidangan terbaru kami, masakan 'ala jawa' yang kini boleh anda nikmati di restoran kami. Bermula dengan hidangan 'Ayam Penyet' dan 'Pecel Lele', pilihan ayam dan ikan keli yang diperap dan digoreng bersama rempah istimewa kami. Dihidangkan panas-panas berserta tauhu dan tempe goreng dan ulam-ulaman dan sambal berlada. Setiap set berserta nasi turut dihidang bersama sup jawa dan keropok.

Bagi peminat-peminat soto, nikmatilah 'Soto Jawa' berempah special yang menggunakan 'Jawanese Lontong Jawa' yang kami buat secara tradisional. Dihidang bersama bergedil, kacang dan soon yang pastinya menyelerakan.



Ingin nikmati masakan terbaru kami?
Jemputlah singgah ke Kelisa Corner!

Wednesday, September 30, 2009

SPECIAL MENU FROM KELISA CORNER

Kelisa Corner yang dahulunya dikenali sebagai Restoran Kelisa telah beroperasi semenjak tahun 1994. Bermula dengan masakan ‘ala Thai’, Kelisa Corner kini telah mengorak langkah dengan melakukan transformasi melalui menu hidangan masakan yang disediakan untuk para pelanggannya. Bermula October 2009, Kelisa Corner kini menyediakan lebih banyak hidangan yang pastinya dapat menambat selera para pelanggan. Berkonsepkan ‘Rasa Kampung’, Kelisa Corner kini menawarkan menu-menu istimewa bermula daripada Sarapan Pagi sehinggalah ke Makan Malam.




Untuk menu sarapan pagi, Roti Jala dan Lempeng Telur disediakan buat para pelanggan. Hidangan ini disertakan dengan kuah kari, sambal dan kuah durian bagi penggemar raja segala buah ini. Murtabak Jala juga turut disediakan, dihidang bersama jeruk bawang merah yang pasti mengiurkan. Cubalah resepi baru kami ini.







Bagi hidangan tengahari, Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi dan Gulai Kawah pasti dapat membangkitkan selera anda. Kari Kepala Ikan dan Kepala Ikan Asam Pedas pastinya dinantikan. Nasi Ayam, Aneka Sup seperti Sup Tulang, Ekor, Ayam dan Daging pasti menghangatkan, di makan bersama pelbagai jenis Ikan Bakar seperti Terubuk, Pari, Kembung dan Cencaru yang dihidangkan bersama Air Asam dan Kuah Kicap.




Di petang dan malam hari pula, jangan lupa hidangan Juwara Sate Kajang yang amat istimewa dihidang bersama kuah kacang, resepi yang diwarisi turun-temurun dan Jawanese Original ‘Lontong’ yang hanya boleh anda dapati di Kelisa Corner.





AYAM : DAGING : PERUT : HATI : KAMBING