Wednesday, September 30, 2009

Kelisa Corner yang dahulunya dikenali sebagai Restoran Kelisa telah beroperasi semenjak tahun 1994. Bermula dengan masakan ‘ala Thai’, Kelisa Corner kini telah mengorak langkah dengan melakukan transformasi melalui menu hidangan masakan yang disediakan untuk para pelanggannya. Bermula October 2009, Kelisa Corner kini menyediakan lebih banyak hidangan yang pastinya dapat menambat selera para pelanggan. Berkonsepkan ‘Rasa Kampung’, Kelisa Corner kini menawarkan menu-menu istimewa bermula daripada Sarapan Pagi sehinggalah ke Makan Malam.




Untuk menu sarapan pagi, Roti Jala dan Lempeng Telur disediakan buat para pelanggan. Hidangan ini disertakan dengan kuah kari, sambal dan kuah durian bagi penggemar raja segala buah ini. Murtabak Jala juga turut disediakan, dihidang bersama jeruk bawang merah yang pasti mengiurkan. Cubalah resepi baru kami ini.







Bagi hidangan tengahari, Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi dan Gulai Kawah pasti dapat membangkitkan selera anda. Kari Kepala Ikan dan Kepala Ikan Asam Pedas pastinya dinantikan. Nasi Ayam, Aneka Sup seperti Sup Tulang, Ekor, Ayam dan Daging pasti menghangatkan, di makan bersama pelbagai jenis Ikan Bakar seperti Terubuk, Pari, Kembung dan Cencaru yang dihidangkan bersama Air Asam dan Kuah Kicap.




Di petang dan malam hari pula, jangan lupa hidangan Juwara Sate Kajang yang amat istimewa dihidang bersama kuah kacang, resepi yang diwarisi turun-temurun dan Jawanese Original ‘Lontong’ yang hanya boleh anda dapati di Kelisa Corner.





AYAM : DAGING : PERUT : HATI : KAMBING